Tentang Emoji

Saya emoji enthusiast. Self-proclaimed.

Hari tu saya ada bermain satu permainan kad: The Lepak Game. Permainannya ada dua jenis kad. Kuning dan biru. SeBoss akan dilantik. Dia akan mengeluarkan kad kuning. Pemain lain dengan lapan kad biru di tangan akan mengeluarkan satu kad yang mereka rasa paling cocok dengan kad kuning milik Boss tadi. Boss akan dibodek, dijilat, diberi pencerahan perihal kerelevanan kad biru+kad kuning. Pemenang adalah pemilik kad biru yang dipilih Boss. Pemenang menjadi Boss pada pusingan seterusnya.

So, nak dipanjangkan cerita saya menjadi Boss pada satu salah round. Saya tak ingat kad kuning apa yang saya keluarkan tetapi salah satu dari kad biru yang keluar adalah: Emoticon.

Saya memenangkan kad itu.

Ada beberapa sebab.
Haritu saya beritahu mereka yang Huda sering bagi saya emoji :p
* * *
Satu hal yang saya rasa puitis tentang emoji adalah pada setiap platform, emojinya dilukis ikut house style memasing. Bila ia lain, emosi yang dibawa juga lain. Katakan bila pengguna iOS hantarkan emoji ๐ŸŒ kepada pengguna Twitter (PC) emoji yang diterima adalah:

Emoji adalah font yang sentiasa di-update. Apa yang kita lihat hari ini tak akan sama dengan emoji di zaman akan datang. Emoji yang saya tuliskan di atas akan berubah bentuknya paling awal mungkin hujung tahun ni. Beban emosi berubah sekali lagi.

Di bawah adalah sebuah catatan sejarah.


Dari kiri: fon saya, fon Huda, fon Dolah


Disebabkan Android bangang pengguna mereka sering menjadi mangsa. Mujur ada Whatsapp.



Sajak emoji dari kawan-kawan.


Perbandingan dua zaman. Kredit: Rorschach Ink
* * *
Selamat hari emoji sedunia.

Ulasan

Catatan Popular